Wednesday, July 2, 2014

LABEL PRODUK DAN KEPENTINGANNYA KEPADA PENGGUNA

Label produk boleh didefinisikan sebagai cetakan kecil yang terdapat di belakang hampir setiap produk makanan mehupun minuman yang terdapat di pasaran. Sama seperti yang diperkatakan dalam insurans atau kontrak-kontrak lain, cetakan kecil itulah yang diambil kira. Begitu juga dengan label pada produk makanan. Cetakan kecil pada belakang label sering memberitahu kita apa yang terkandung dalam makanan dan minuman.Lazimnya label produk mempunyai beberapa maklumat seperti kandungan makanan yang terdiri daripada jumlah gula , lemak , karbohidrat dan sebagainya. Namun label ini yang boleh memberitahu banyak perkara mengenai apa yang kita makan. Label tersebut boleh membantu anda membandingkan mutu dan nilai pemakanan sesuatu produk seterusnya membantu anda memilih produk yang anda kehendaki. Malah ia juga membantu anda mengelakkan daripada produk yang menimbulkan kesan alahan atau yang anda cuba elakkan atas alasan kesihatan atau diet. Bagi pengguna biasa yang memeriksa senarai ramuan, mereka sering keliru kerana seseorang itu perlu menjadi ahli kimia atau pakar makanan untuk mentafsirkan makna nama bahan kimia atau nombor kod terutamanya yang didapati pada produk import. Namun jika kita sering mengambil tahu tentang cara membaca label produk makanan , sudah tentu tidak menjadi masalah kepada kita. Dengan adanya label produk tersebut , pengguna dapat memilih produk yang bersesuaian dengan mereka dan berpuas hati dengan apa yang mereka pilih bak kata pepatah “Alah membeli menang memakai”. Namun apakah kepentingannya kepada pengguna? . Persoalan ini sering menjadi tanda tanya dalam benak para cendikiawan.


Kepentingannya yang pertama ialah seperti yang diperkatakan diatas tadi, salah satu daripada kepentingan label makanan kepada pengguna ialah membantu pengguna memilih makanan sesuai dengan kehendak ataupun selera mereka melalui kandungan makanan yang terdapat pada label makanan yang terdapat pada belakang produk.Selain itu, label tersebut membantu golongan muslim khususnya di Malaysia bagi mengelakkan daripada mengambil makanan yang mengandungi unsur-unsur yang tidak halal.Hal ini berikutan daripada tersebarnya khabar angin mengatakan bahawa terdapat beberapa produk makanan yang terdapat di pasaran yang mengandungi unsur lemak khinzir yang secara umumnya tidak boleh diambil oleh golongan muslim. Penyebabaran fitnah ini ibarat menangguk di air keruh kerana mereka mengambil kesempatan dengan mempromosikan produk mereka yang kononnya tidak mempunyai unsur tersebut.Namun begitu terdapat segelintir pengguna bijak melaporkan hal tersebut kepada pihak berkenaan iaitu Persatuan Pengguna Malaysia. Sehubungan itu, Persatuan Pengguna Malaysia telah mengeluarkan beberapa kod makanan yang mengandungi unsur haram tersebut sebagai rujukan kepada orang muslim dalam memilih produk makanan.Hal ini kerana makanan yang sihat menjana minda yang cerdas.Jelaslah disini bahawa label produk membantu pengguna memilih produk dengan lebih bijak.

Bukan itu sahaja bahkan pula, label produk juga memudahkan pengguna membuat pembandingan antara produk. Seperti yang diketahui umum bahawa terdapat banyak jenama produk bagi setiap jenis makanan contohnya terdapat lebih daripada 30 jenama produk bagi makanan berkramel ataupun coklat.Jesteru itu, pengguna memerlukan label produk untuk membuat perbandingan dalam usaha untuk mencari kualiti yang terbaik bagi keluarga mereka ataupun untuk mereka sendiri.Sesetengah pengguna menghendaki kandungan lemak ataupun unsur lain yang sedikit dalam makanan mereka tetapi bukan semua citarasa menusia sama kerana “Banyak udang banyak garam, Ramai orang banyak ragam”