SIRI STANDARD ISO 14020 DALAM PELABELAN EKO
ISO telah menerbitkan beberapa siri standard berkaitan
perlabelan eko. Kesemua standard ini telah diterima pakai (adopted) oleh
Jabatan Standard Malaysia (STANDARDS MALAYSIA) sebagai standard kebangsaan
(Malaysian Standards –MS)
Dalam siri MS ISO 14020, label eko boleh wujud dalam
pelbagai bentuk: penyataan, simbol, grafik pada produk atau label tersendiri
pada produk tersebut, buletin teknikal dan juga iklan. Standard ISO juga
menerangkan 3 jenis pelabelan alam sekitar seperti berikut:
Jenis I pelabelan alam sekitar ( MS ISO 14024) adalah
program pelabelan yang memerlukan pensijilan pihak ketiga untuk satu set
criteria yang menunjukkan pilihan terhadap sesuatu produk. Contoh Jenis I
pelabelan eko adalah seperti Japan Ecomark, Korea Eco-label, China Eco-label,
Canada Eco- label, Thai Green Label and EU Flower.(Rajah 1)
Jenis II pelabelan alam sekitar ( MS ISO 14021 ) merangkumi
pengakuan yang dibuat mengenai alam sekitar tanpa pensijilan pihak ketiga.
Contoh: kitar semula, mengandungi bahan kitaran semula. Banyak syarikat besar
sepert Panasonic, Toshiba, Ricoh dan NEC mempunyai label eko mereka yang
tersendiri untuk mewakilkan pelbagai aspek untuk alam sekitar yang berkenaan
produk mereka. (Rajah 2)
Jenis III pelabelan alam sekitar (MS ISO 14025) adalah
berkenaan data analisa kitar hidup alam sekitar untuk sesuatu produk dan lebih
dipraktikkan dalam transaksi bidang perniagaaan.
Label Jejak Karbon
Label jejak karbon ini sedang mendapat perhatian hangat di
kalangan kerajaan yang membangun dan juga organisasi – organisasi sektor
swasta, termasuk entiti perniagaan untuk menunjukkan bahawa mereka juga
prihatin terhadap isu- isu alam sekitar dan cara- cara untuk menangani
perubahan iklim serta bencana alam. Label tersebut menunjukkan nilai nombor
amaun gas rumah hijau yang dikeluarkan untuk penghasilan produk tersebut. Label
ini dijangka menjadi satu label yang prominen pada masa akan
datang. Rajah 4 menunjukkan 3 jenis label yang dikeluarkan di negara Korea, Jepun,
dan United Kingdom.
Terdapat banyak program pelabelan eko yang sedang dijalankan
di serata dunia, seperti yang telah ditunjukkan dalam keahliaan Global Eco-
Labeling Network (GEN), yang merupakan suatu badan bukan kerajaaan yang
dikaitkan dengan pensijilan pihak ketiga, pengiktirafan prestasi terhadap alam
sekitar, organisasi pensijilan dan pelabelan. Malaysia sedang dalam proses
untuk mewujudkan program pelabelan eko Nasional yang merupakan satu keperluan
untuk menjadi ahli GEN. SIRIM Berhad melalui SIRIM QAS International Sdn Bhd
telah memperkenalkan SIRIM Eco- labeling Scheme (Skim Pelabelan Eko SIRIM)
sejak tahun 2006. Skim Pelabelan Eko SIRIM sedang dalam proses untuk mendapat
pengiktirafan sebagai Skim Pelabelan Eko Nasional untuk Malaysia.
STANDARD-STANDARD
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas pandangan / pendapat anda....