LABEL KESIHATAN
- Produk farmaseutikal yang bertujuan untuk jualan di Malaysia harus didaftarkan dengan Penguatkuasa Kawalan Dadah (Drug Control Authority/ DCA).
- Produk yang perlu didaftar adalah produk farmaseutikal yang mengandungi racun terjadual dan produk farmaseutikal yang mengandungi racun tidak terjadual (yang dijual di farmasi tempatan)
- Produk-produk ini termasuk syampu anti kelemumur, plaster berubat, antiseptik/ ubat pembasmi kuman, produk kesihatan oral seperti anti plag dan diet tambahan seperti Chitosan.
- Produk tradisional juga harus didaftar, dan diantaranya ialah ubat homeopati, ubat ayurvedik, the herba dan diet tambahan seperti spirulina, “royal jelly” dan jus aloe vera.
- Barangan kosmetik termasuk bahan-bahan yang digunakan bertujuan untuk penggunaan bahagian luaran badan perlu didaftar dengan Penguatkuasa Kawalan Dadah (DCA)
- Pendaftaran di bawah DCA adalah susulan kepada perlaksanaan Amalan Pengilangan Baik (Good Manufacturing Practice). Setiap produk yang diiktiraf oleh DCA akan mempunyai nombor MAL (Malaysia Approved License), cth: MAL 12345AYZ
- Nombor pendaftaran MAL boleh disahkan melalui laman web Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) iaitu www.bpfk.gov.my.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas pandangan / pendapat anda....