1. Kenali Label Makanan Anda – Ke Arah
Kesihatan Yang Lebih Sempurna
Sejak bulan Mac 2004, kebanyakan makanan
komersial yang dijual di Malaysia dikehendaki meletakkan label makanan yang
menyediakan maklumat kepada orang awam untuk membantu mereka membuat pilihan.
Bagi mengelakkan kekeliruan semasa membaca label tersebut, ikutilah tip berikut
untuk memahami maklumat penting yang terkandung di dalam label makanan supaya
anda dapat membuat pilihan yang terbaik.
Apakah kebaikan mengetahui cara yang
betul membaca label makanan?
Sebelum
kita meneliti istilah penting yang digunakan, marilah kita renungkan dahulu
kebaikan mengetahui cara yang BETUL untuk membaca label makanan:
Label makanan berfungsi sebagai perantara komunikasi dengan pihak pengeluar makanan yang ingin menerangkan kepada pengguna akan kebaikan produknya daripada sudut kesihatan. Ia memberi maklumat mengenai jumlah dan jenis nutrien yang terkandung dalam makanan tersebut.
b)Menilai makanan
Ilmu
pengetahuan adalah kunci penilaian yang baik. Dengan memahami makna istilah
yang terkandung di dalam label, kita boleh membandingkan jenis-jenis makanan
berdasarkan faktor seperti kandungan nutrien dan kualiti ramuan yang digunakan.
c)Menjamin kualiti produk
Dengan
adanya maklumat pemakanan pada label, pihak pengeluar bertanggungjawab untuk
menjalankan prosedur jaminan kualiti supaya maklumat tersebut adalah benar
sepanjang masa. Kualiti produk lebih terjamin kerana pihak pengeluar akan
berusaha memelihara kandungan nutrien di dalam produknya sepertimana yang
tertera pada label.
Kandungan Label: Apakah maklumat yang cuba
disampaikan olehnya?
Label
bukan sahaja berfungsi sebagai pelengkap hiasan pembungkus makanan, malah ia mampu
membantu kita membuat pilihan pemakanan yang bijak sekiranya kita mengetahui
cara membaca yang betul dan memahami maklumat yang tertera di dalamnya. Pada
label makanan tersebut, kita boleh mengetahui pelbagai perkara penting seperti:
- Kandungan pemakanan: Maklumat ini boleh didapati pada bahagian Maklumat Pemakanan di mana ia menyenaraikan jenis dan jumlah nutrien yang diperoleh apabila kita mengambil produk ini.
- Senarai Ramuan: Ramuan yang digunakan dalam menyediakan produk
- Tarikh Luput: Kita seharusnya sentiasa peka dengan tarikh luput produk dan hanya mengambilnya sebelum tarikh yang tertera kerana kualiti dan kandungan pemakanan di dalamnya akan terjejas sekiranya kita mengambil produk ini selepas tarikh luputnya.
- Pengilang dan Pengeluar: Kenali siapa pengilangnya dan di mana produk ini dihasilkan.
- Perakuan Label: Apabila sesuatu makanan itu diakui sebagai memiliki kandungan “ “ yang tinggi, ini bermakna produk ini telah dirumus khas untuk membekalkan nutrien khusus tersebut kepada anda.
Kita
sering melihat istilah-istilah ini pada label makanan dan adalah lebih baik
sekiranya kita memahami ertinya supaya dapat membuat perbandingan dan pilihan
yang lebih bijak.
“Bebas”
bererti makanan ini tidak mengandungi sesuatu bahan tersebut sama sekali, ataupun
kandungannya sangat minimum. Contohnya seperti bebas gula, bebas lemak, bebas
kolesterol.
- “Rendah Lemak” bererti kandungan lemaknya adalah bersamaan atau kurang daripada 3 gram untuk setiap hidangan
- “sumber kepada” bererti setiap hidangan mestilah mengandungi 5 hingga 10 peratus Nilai Rujukan Nutrien sesuatu nutrien khusus sepertimana yang ditentukan oleh pihak berkuasa kesihatan (cth., vitamin A)
- “Tinggi” (cth., tinggi kandungan zat besi) bererti setiap hidangan mengandungi 10 hingga 20 peratus atau lebih Nilai Rujukan Nutrien sesuatu nutrien khusus tersebut.
Bacaan
label : Bermula dimana & apakah maksudnya?
Sepertimana
yang diterangkan sebelum ini, label makanan mengandungi pelbagai elemen di
dalamnya. Oleh itu, kita akan mulakan dengan 2 elemen yang paling penting untuk
kesihatan kita.
A)
Panel Maklumat Pemakanan
- Saiz Hidangan -Saiz Hidangan adalah berdasarkan jumlah lazim yang dimakan oleh kebanyakan orang. Saiz hidangan pada label makanan mungkin berbeza dengan saiz hidangan dalam perancangan makanan anda ataupun saiz hidangan lazim yang anda amalkan. Sekiranya anda biasanya mengambil dua kali ganda saiz hidangan sepertimana yang tertera pada label, maka anda seharusnya menggandakan juga semua nilai pengukuran yang diberikan dalam bahagian Fakta Pemakanan.
- Tenaga - Kiraan kalori adalah sangat penting. Oleh yang demikian, perhatikan jumlah kalori yang anda ambil dalam setiap hidangan. Bebas lemak tidak bererti bebas kalori. Item rendah lemak pula mungkin mengandungi sama banyak kalori dengan makanan lemak penuh. Sekiranya label menyenaraikan 1 hidangan bersamaan 3 biskut serta 100 kalori dan anda mengambil 6 biskut, maka ini bermakna anda telah mengambil dua kali ganda jumlah kalori dan lemak.
- Lemak & Lemak Karbohidrat - Sekiranya anda mahu mencuba mengurangkan pengambilan lemak atau anda ingin mengetahui jumlah sebenar lemak yang anda ambil, bandingkan label pada produk makanan yang berbeza dan pilihlah makanan yang mengandungi jumlah lemak dan lemak tepu yang paling sedikit. Di Malaysia, hanya produk yang mengandungi kurang daripada 3.0g lemak dalam setiap 100g makanan pejal atau 1.5g dalam setiap 100ml makanan cair boleh menuntut status 'Rendah Lemak'.
- Karbohidrat - Karbohidrat boleh didapati daripada bijirin bijian penuh, nasi, ubi kentang, gula dan sebagainya. Bukan sahaja kita harus memerhatikan jumlah karbohidrat yang diambil, tetapi juga sumber daripada manakah ia diperolehi. Contohnya: Kedua-dua Produk A & Produk B mengandungi 15g karbohidrat; sumber karbohidrat bagi Produk A ialah daripada bijirin bijian penuh manakala sumber utama karbohidrat bagi Produk B adalah daripada gula. Menilai daripada sumbernya, Produk A seharusnya menjadi pilihan berbanding Produk B.
- Vitamin& Mineral - Dengan undang-undang makanan yang baru berkuat kuasa di Malaysia, syarikat pengeluar hanya boleh mengisytiharkan kandungan vitamin & mineral jika tahap kandungannya adalah signifikan, sepertimana yang ditentukan oleh Kementerian Kesihatan.
- Natrium & Kolesterol - Mengikut undang-undang di Malaysia, natrium dan kolesterol adalah tidak wajib disenaraikan dalam label makanan. Walau bagaimanapun, anda masih boleh menemuinya tersenarai dalam sesetengah label makanan. Natrium merupakan sebahagian daripada garam, oleh itu mereka yang mahu menjaga pengambilan garam atau memelihara tekanan darah; adalah lebih baik memilih makanan yang rendah kandungan natrium.
B)
Apakah yang terkandung dalam 'senarai ramuan'?
Semua
label makanan menyenaraikan ramuan produk berdasarkan beratnya. Ramuan yang
paling banyak jumlahnya akan disenaraikan dahulu. Ramuan yang paling sedikit
jumlahnya akan disenaraikan paling akhir. Rujuk senarai ramuan untuk mencari
bahan yang ingin anda elakkan atas sebab-sebab kesihatan atau perubatan;
contohnya, jika anda ingin mengurangkan pengambilan gula maka anda seharusnya
memilih makanan yang:
- tidak mengandungi gula
- tidak mengandungi gula atau yang mana jenis-jenis setara dengannya (sukrosa, glukosa, fruktosa) tertera sebagai antara yang terdahulu dalam senarai ramuan.
Senarai
ramuan juga merupakan tempat yang baik untuk mencari ramuan yang perlu bagi
meningkatkan tahap kesihatan seseorang. Contohnya, jika keluarga anda mempunyai
sejarah penyakit jantung, anda mungkin mahu mencari makanan yang mengandungi
ramuan yang baik untuk jantung untuk melengkapi pemakanan anda seperti kicap;
lemak monotaktepu seperti zaitun, jagung; atau bijian penuh seperti tepung
gandum penuh dan oat. Tambahan lagi, jika anda ingin meningkatkan kesihatan
tulang, pilihlah makanan yang mengandungi Kalsium, Magnesium dan Vitamin D.
Petua
& Rumusan
Memahami
dan mengaplikasi maklumat yang terdapat dalam label mungkin mengambil sedikit
masa. Anda mungkin mahu mula memerhatikan label makanan apabila ingin memilih
makanan selepas ini. Biasakan diri dengan kedudukan sesuatu maklumat khusus
dalam label; contohnya: panel yang manakah memberitahu anda maklumat mengenai
kandungan lemak. Bagi mencapai tahap kesihatan optimum, berbincanglah dengan
pakar pemakanan anda mengenai perkara utama yang perlu diperhatikan dan gunakan
pengetahuan itu semasa membaca label makanan supaya dapat membuat pilihan yang
bijak.
Sumber: http://www.jacobs.com.my
2. KEPENTINGAN PELABELAN MAKANAN
Masyarakat sekarang masih kurang
kesedaran tentang kepentingan pelabelan makanan.
Peranan yang dimainkan oleh persatuan pengguna penting bagi tujuan memberikan
kesedaran kepada masyarakat . Peraturan makanan yang dikenal sebagai Peraturan Makanan Malaysia 1985 telah
mewajibkan pelabelan makanan pada setiap makanan. Pelabelan makanan memberikan
keterangan tentang kandungan nutrien setiap makanan yang dikeluarkan. Langkah
ini dapat membantu pengguna membuat pilihan yang lebih bijak tentang makanan
yang hendak dibeli. Pada yang sama, usaha ini merupakan cara untuk memberitahu
pengguna tentang kualiti sesuatu bahan
makanan. Di samping itu, pengguna dapat membuat perbandingan antara satu barang
dengan barang yang lain sebelum
membelinya. Label harga dapat juga menentukan mutu barangan yang dijual.
Di kebanyakkan Negara, pelabelan makanan tidak
diwajibkan. Namun, banyak Negara yang sedang mengkaji keperluannya kini kerana
pelabelan makanan memainkan peranan penting dalam memajukan industri makanan.
Pelabelan makanan dapat menyokong aktiviti pendidikan pemakanan kerana langkah
tersebut menggalakkan penggunaan prinsip makanan dalam pemilihan makanan.
Secara langsung, hal ini dapat membantu suri rumah menyediakan sajian yang bermutu dan seimbang
untuk keluarga. Tindakan ini juga
membolehkan pengeluar makanan dan peruncit mengutamakan kandungan zat makanan
dalam setiap produk yang dikeluarkan dan
dijual kepada pengguna. Selain itu, makanan yang dilabelkan memudahkan pihak
berkuasa membuat pemantauan dan tindakan kepada pengusaha yang menipu pengguna
dengan tidak mematuhi label yang
dilekatkan.
Kriteria dalam pemilihan makanan yang diwajibkan pelabelan ialah kekerapan
produk makanan itu digunakan, jumlah kuantiti yang dimakan, dan kepentingan
produk makanan tersebut. Tenaga, protein, karbohidrat, dan lemak merupakan aspek penting dalam pelabelan makanan. Secara
tidak langsung, keadaan ini menggalakkan pengguna membeli makanan yang
berkhasiat dan sesuai dengan keperluan mereka.
Seterusnya, pelabelan makanan menyebabkan pengguna tidak mudah ditipu.
3. PELABELAN MAKANAN
Label nutrisi adalah senarai paras
nutrien yang dipaparkan pada label sesuatu makanan. Ia bertujuan untuk
menyatakan fakta kandungan nutrien sesuatu produk.
Pelabelan dan tuntutan makanan
penting bagi melindungi pihak awam daripada bahaya kesihatan dan penipuan dalam
penyediaan, penjualan dan kegunaan sesuatu makanan. Ia juga memberi faedah
kepada industri makanan tempatan dalam memperkembangkan profil produk mereka
kepada pengguna, bagi tujuan strategi pemasaran dan meningkatkan peluang
memperdagangkan produk mereka ke peringkat antarabangsa.
SEKSYEN MAKANAN menyediakan analisis
yang meliputi semua keperluan dalam pelabelan makanan. Analisis-analisis ini
termasuk analisis nutrien-nutrien yang wajib diisyhtiharkan pada label iaitu:
- Tenaga
- Protein
- Karbohidrat
- Lemak
- Jumlah Gula (bagi air sedia diminum)
- Lain-lain (Vitamin, asid lemak dan mineral)
Sumber: Jabatan Kimia Malaysia
4. PERIKSA
LABEL KANDUNGAN NUTRISI
Hampir
74 peratus golongan ibu yang mempunyai anak yang berusia satu hingga tiga tahun
di negara ini tidak mengamalkan pembacaan label makanan iaitu penyenaraian
tahap kandungan nutrien di sesuatu produk makanan. Lebih malang, ramai yang
tidak menyedari kepentingan gabungan nutrisi kepada anak-anak mereka. Mengikut
tinjauan yang dilakukan Bulan Pemakanan Sihat Malaysia (NMM), pihaknya
mendapati golongan ibu bapa hanya menitikberatkan pemberian susu yang mempunyai
khasiat susu tumbesaran. Walau bagaimanapun, lebih daripada 80 peratus ibu
tidak mengetahui langsung akan kandungan bahan tersebut.
Dalam
pada itu, kajian sama juga mendedahkan, sebanyak 68 peratus ibu bergantung
kepada cadangan kawan-kawan dan keluarga sebelum membeli susu untuk anak-anak
mereka. Terdapat
beberapa tip ketika membaca kandungan label makanan iaitu jangan membeli
sesuatu makanan hanya dengan melihat pakej pembungkusan, sebaliknya
membandingkan Panel Maklumat Nutrisi (NIP). Selain itu, ketika membandingkan
kandungan nutrisi antara jenama berbeza, seseorang boleh mengenal pasti nilai
tinggi dan rendah kandungan nutrisinya. Bagaimanapun, perlu diingat bahawa
kandungan nutrien hanya boleh diukur dengan 100 gram (g) atau 100 mililiter
(ml) bagi sesuatu produk. Begitupun, pengguna boleh merujuk kepada pakar
pemakanan bagi mendapatkan panduan selanjutnya.
Sementara itu, dalam kajian yang sama juga, hampir 81 peratus ibu
menyedari tentang keburukan makanan segera dan minuman ringan. Itu satu
perkembangan yang positif. Sekurang-kurangnya mereka mengetahui tentang
keburukan kedua-dua jenis makanan berkenaan. Ia memandangkan makanan sihat bermula dari rumah. Untuk itu, ibu
bapa perlu menjadi contoh terbaik kepada anak-anak dengan merujuk kepada
piramid panduan makanan.
Sumber: www.nutriweb.org.my.
5. JANGAN
TERTIPU OLEH LABEL PRODUK MAKANAN
Sudah
menjadi kelaziman, ramai yang akan tertarik kepada sesuatu benda atau produk
itu dari luarannya. Tidak kira sama ada bentuk atau warna, bahagian luaran
memainkan peranan penting untuk memikat mata.
Dalam membeli produk makanan yang dipakej, pengguna akan lebih cenderung
membeli makanan itu apabila melihat label makanan yang dijual itu tercatat
mempunyai khasiat dan kualiti yang tinggi.
Namun,
adakah pengguna sedar yang tidak semua yang maklumat yang dinyatakan pada label
makanan itu benar dan mengikut peraturan yang ditetapkan. Pelabelan makanan
bertujuan untuk membekalkan maklumat yang benar dan jelas serta memudahkan
aktiviti penguatkuasaan dan tindakan undang-undang. Label hendaklah mematuhi
peraturan dan tidak boleh mengelirukan atau memperdayakan pengguna.
Bagaimanapun,
tidak ramai yang mengetahui, setiap label yang terdapat pada produk makanan
mesti mengikut Akta Makanan 1983 (Akta 281) dan Peraturan-peraturan Makanan
1985 (PPM 1985). Label hendaklah mematuhi peraturan dan tidak boleh
mengelirukan atau memperdayakan pengguna.
Contohnya
label produk yang menunjukkan penggredan dan kualiti seperti ‘bermutu dan
mematuhi peraturan makanan’, walaupun ia benar namun pada masa yang sama,
pengguna akan berfikir produk sama dari jenama yang berbeza tidak bermutu dan
melanggar peraturan. Perkataan
‘tulen’ pada label makanan misalnya tidak boleh digunakan dengan
sewenang-wenang. Mengikut peraturan, perkataan ‘tulen’ atau apa-apa perkataan
yang sama maksud adalah tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, ia boleh
dinyatakan sekiranya makanan itu adalah dari kekuatan, ketulenan atau kualiti
yang ditetapkan dalam PPM 1985 dan bebas dari apa-apa bahan tambahan lain
selain daripada bahan tambahan yang diperlukan dalam pemprosesan makanan
tersebut dan tidak terdapat peruntukan yang melarang penggunaan perkataan itu
sendiri.
"Dalam
hal ini, pengeluar hanya dibenarkan menggunakan ‘Akuan Fungsi Nutrien’ seperti
yang dinyatakan dalam Peraturan 18E, PPM 1985, iaitu hanya menyatakan fungsi
fisiologi sesuatu nutrien dalam pertumbuhan, perkembangan dan fungsi normal
tubuh manusia. Terdapat juga garis panduan dalam menjelaskan fungsi nutrien
bagi mengelakkan pengeluar melakukannya secara berlebih-lebihan. Selain itu,
peraturan juga melarang memperihalkan tentang ketiadaan daging lembu, daging
atau lemak babi, dan alkohol tambahan serta apa-apa aditif makanan atau
tambahan zat makanan yang penambahannya dilarang di bawah PPM 1985.
Jika
kita lihat hal ini secara mendalam, ia bukanlah satu isu remeh sebaliknya
melibatkan tanggungjawab dan ketelusan pengeluar kepada pengguna melalui produk
makanan atau minuman yang dijual mereka. Dalam hal ini, pihak pengeluar
sepatutnya lebih peka dalam memastikan perakuan atau maklumat yang dicatatkan
pada label tidak menimbulkan keraguan tentang keselamatan makanan atau
mengeksploitasi rasa takut di kalangan pengguna.Jika
hal ini dibiarkan berterusan, dikhuatiri kredibiliti serta prestasi produk dan
juga pengeluar itu sendiri akan menjadi buruk di mata orang ramai.
Salam, saya nak tanya, macamana saya nak apply nutrisi pemakanan pada produk saya ye? Ada apa2 contact number ke
ReplyDeleterefer pihak mardi
DeleteBoleh hubungi SIRIM, Pusat Reka Bentuk Pembungkusan, 0355446000
ReplyDeleteAtau mradzi@sirim.my
cool
ReplyDelete