Label produk boleh didefinisikan sebagai cetakan kecil
yang terdapat di belakang hampir setiap produk makanan mehupun minuman yang
terdapat di pasaran. Sama seperti yang diperkatakan dalam insurans atau
kontrak-kontrak lain, cetakan kecil itulah yang diambil kira. Begitu juga dengan label pada produk makanan. Cetakan kecil pada belakang
label sering memberitahu kita apa yang terkandung dalam makanan dan
minuman.Lazimnya label produk mempunyai beberapa maklumat seperti kandungan
makanan yang terdiri daripada jumlah gula , lemak , karbohidrat dan sebagainya. Namun label ini yang boleh memberitahu banyak perkara mengenai apa yang
kita makan. Label tersebut boleh membantu anda membandingkan mutu dan nilai
pemakanan sesuatu produk seterusnya membantu anda memilih produk yang anda
kehendaki. Malah ia juga membantu anda mengelakkan daripada produk yang
menimbulkan kesan alahan atau yang anda cuba elakkan atas alasan kesihatan atau
diet. Bagi pengguna biasa yang memeriksa senarai ramuan, mereka
sering keliru kerana seseorang itu perlu menjadi ahli kimia atau pakar makanan
untuk mentafsirkan makna nama bahan kimia atau nombor kod terutamanya yang
didapati pada produk import. Namun jika kita sering mengambil tahu tentang cara
membaca label produk makanan , sudah tentu tidak menjadi masalah kepada kita.
Dengan adanya label produk tersebut , pengguna dapat memilih produk yang
bersesuaian dengan mereka dan berpuas hati dengan apa yang mereka pilih bak
kata pepatah “Alah membeli menang memakai”. Namun apakah kepentingannya kepada
pengguna? . Persoalan ini sering menjadi tanda tanya dalam benak para
cendikiawan.
Kepentingannya yang pertama ialah seperti yang
diperkatakan diatas tadi, salah satu daripada kepentingan label makanan kepada
pengguna ialah membantu pengguna memilih makanan sesuai dengan kehendak ataupun
selera mereka melalui kandungan makanan yang terdapat pada label makanan yang
terdapat pada belakang produk.Selain itu, label tersebut membantu golongan muslim
khususnya di Malaysia bagi mengelakkan daripada mengambil makanan yang
mengandungi unsur-unsur yang tidak halal.Hal ini berikutan daripada tersebarnya
khabar angin mengatakan bahawa terdapat beberapa produk makanan yang terdapat
di pasaran yang mengandungi unsur lemak khinzir yang secara umumnya tidak boleh
diambil oleh golongan muslim. Penyebabaran fitnah ini ibarat menangguk di air
keruh kerana mereka mengambil kesempatan dengan mempromosikan produk mereka
yang kononnya tidak mempunyai unsur tersebut.Namun begitu terdapat segelintir
pengguna bijak melaporkan hal tersebut kepada pihak berkenaan iaitu Persatuan
Pengguna Malaysia. Sehubungan itu, Persatuan Pengguna Malaysia telah
mengeluarkan beberapa kod makanan yang mengandungi unsur haram tersebut sebagai
rujukan kepada orang muslim dalam memilih produk makanan.Hal ini kerana makanan
yang sihat menjana minda yang cerdas.Jelaslah disini bahawa label produk
membantu pengguna memilih produk dengan lebih bijak.
Bukan itu sahaja bahkan pula, label produk juga
memudahkan pengguna membuat pembandingan antara produk. Seperti yang diketahui
umum bahawa terdapat banyak jenama produk bagi setiap jenis makanan contohnya
terdapat lebih daripada 30 jenama produk bagi makanan berkramel ataupun
coklat.Jesteru itu, pengguna memerlukan label produk untuk membuat perbandingan
dalam usaha untuk mencari kualiti yang terbaik bagi keluarga mereka ataupun
untuk mereka sendiri.Sesetengah pengguna menghendaki kandungan lemak ataupun
unsur lain yang sedikit dalam makanan mereka tetapi bukan semua citarasa
menusia sama kerana “Banyak udang banyak garam, Ramai orang banyak ragam”