Usahawan makanan di negeri ini
diminta supaya memasarkan produk mereka dengan label dan pembungkusan makanan
yang lebih baik bagi memberikan impak yang positif terhadap produk yang
dihasilkan. Kedua-dua aspek itu perlu difahami dengan baik oleh usahawan
terlebih dahulu kerana ia memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh
bangunnya industri mereka.
“Pembungkusan ditakrifkan sebagai sains, seni
dan teknologi untuk melindungi dan memelihara kualiti sesuatu barangan semasa
dihantar, disimpan dan dipamerkan. “Manakala label merupakan sumber maklumat
yang penting kepada pengguna untuk mengetahui jenis produk, pengusaha, tarikh
luput, kandungan nutrisi, status halal sesuatu produk makanan,” Namun menurut
Ahmad Bakri usahawan dan pengusaha yang sedia ada kurang menitikberat soal
label dan sekadar membungkus produk mereka di dalam plastik tanpa tanpa
sebarang label.
Jika perkara ini terus berlaku
usahawan tersebut akan sukar untuk memajukan perniagaannya kerana pada masa
kini, hampir keseluruhan pasar-pasar besar menjadikan pembungkusan dan
pelabelan yang menarik sebagai salah satu syarat kepada usahawan untuk
menembusi pasaran yang lebih besar. “Usahawan
ini juga diharap dapat lebih berdaya saing dengan usahawan luar seterusnya
produk mereka mampu menambusi pasaran yang lebih luas,”
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas pandangan / pendapat anda....